Navigation
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Latest topics
» Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam
Wed Sep 09, 2015 2:48 am by sksportcar

» Homestay Di Kota Bharu
Sun Jan 25, 2015 10:52 pm by sksportcar

» Kereta Sewa Shah Alam
Tue Aug 05, 2014 8:54 am by sksportcar

» Bahasa Jepun: Ayat Seharian,Hari,Haribulan & Nombor
Mon Sep 23, 2013 8:43 pm by foxfoxer

» Tips nak hapuskan virus secara manual [On updates]
Tue Mar 19, 2013 8:38 am by Optitech

» Teknik defense dari virus and spyware [Auto]
Thu Jul 21, 2011 2:53 am by Optitech

» Virus shortcut kat pendrive
Thu Jul 21, 2011 12:27 am by Optitech

» Admin Kembali dengan Menyengat
Wed Jul 20, 2011 1:59 pm by Optitech

» Xcode Magazine - Penulisan daripada hacker
Wed Jul 20, 2011 12:45 pm by Optitech


Jabatan Teknologi Kejuruteraan Komputer (JTKK)

View previous topic View next topic Go down

Jabatan Teknologi Kejuruteraan Komputer (JTKK)

Post  noteeth on Tue Jan 05, 2010 1:16 pm

Pengenalan
Jabatan Teknologi Kejuruteraan Komputer (JTKK) mula beroperasi pada tahun penubuhan JMTI, 2000. Semenjak itu JTKK terus memberi perkhidmatan dalam menyediakan latihan bermutu berdasarkan 'hands-on' kepada lepasan-lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat di dalam bidang komputer.

Terdapat dua kursus dalam bidang sistem komputer yang dijalankan di JTKK iaitu:

1. Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer (sistem) - KP/JPS (KA 6959) 7/11
2. Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Komputer (sistem)

Pada masa yang sama kedua-dua kursus ini juga menawarkan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM-Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM - Tahap 5). JMTI adalah salah satu institusi pengajian yang pertama menawarkan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) di Malaysia di mana seliaannya adalah di bawah Jabatan Pembanguan Kemahiran (JPK).
Dari segi pengurusan, JTKK diketuai oleh seorang Ketua Jabatan dan dibantu oleh dua orang Ketua Bahagian. Di bawah Ketua Bahagian terdapat tiga unit yang berfungsi sama seperti di peringkat institut dan juga ibupejabat iaitu:

1. Unit Pembangunan Kemahiran(UPK)
skop kerja utama termasuk pembangunan infrastruktur, perolehan dan penyelenggaraan peralatan latihan, bilik-bilik kuliah, makmal, asrama dan lain-lain prasarana latihan.
2. Unit Pembangunan Latihan(UPL)
skop kerja utama termasuk pengurusan hal-ehwal pelatih seperti pengambilan, penginapan dan kebajikan pelajar, marketing dan promosi serta latihan industri.
3. Unit Kawalan Teknikal(UKT)
skop kerja utama termasuk pembangunan silibus dan kurikulum, kawalan kualiti dan pengiktirafan, pembangunan kursus-kursus baru.

Pengajar-pengajar di JTKK adalah kompeten di dalam bidang pengkhususan masing-masing seperti sistem rangkaian komputer, sistem pengoperasian, teknologi web, perisian dan perkakasan. Kaedah latihan yang dilaksanakan adalah 'hands-on' di mana peratusan jam tembungan untuk sesi praktikal sekitar 60% dan teori hanya 40%. Latihan jenis ini dapat mengurangkan jurang proses re-training apabila pelajar memasuki alam pekerjaan sebenar. Selain dari itu, ia juga dapat memadankan keperluan bidang-bidang pengkhususan di dalam pasaran kerja sebenar.

Selain dari membekalkan perkhidmatan latihan secara sepenuh masa, JTKK juga banyak menjalankan kursus-kursus jangka pendek dan customized. Kursus-kursus ini banyak disertai oleh pekerja-pekerja industri di sekitar JMTI. Dalam memberi sumbangan kepada komuniti-komuniti terdekat, JTKK juga menjalankan kursus-kursus dan program-program ICT untuk pelajar-pelajar sekolah, pekerja-pekerja kerajaan dan swasta. Kursus-kursus ini berjalan sepanjang tahun samada berjadual ataupun berdasarkan permintaan.

Selain dari fungsi membekalkan latihan dalam bidang pengkhususan sistem komputer, JTKK juga dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras, penyelia dan pengurus kepada keperluan-keperluan Information and Communication Technology (ICT) di JMTI. Di samping tugas ini, JTKK juga bertindak sebagai penasihat kepada JMTI dari aspek penggunaan dan pembangunan ICT.

Objektif Jabatan Teknologi Kejuruteraan Komputer
Jabatan Teknologi Kejuruteraan Komputer beriltizam dalam melahirkan tenaga mahir dalam bidang pengkhususan komputer tertentu berdasarkan objektif-objektif berikut:

1. Tenaga mahir yang berpengetahuan dalam bidang-bidang pengkhususan komputer.
2. Tenaga mahir yang sentiasa peka dengan perubahan semasa dan teknologi.
3. Tenaga mahir bidang komputer yang beretika dan mampu memberi sumbangan yang bermakna kepada diri sendiri, keluarga, komuniti, agama, bangsa dan negara

Kemudahan Latihan Jabatan Teknologi Kejuruteraan Komputer
Prasarana latihan yang lengkap dan kondusif adalah sangat penting dalam menjalankan latihan secara 'hands-on'. Walaupun kos adalah tinggi dari segi perolehan dan penyelenggaraan, peralatan perkakasan dan perisian yang terkini dan dominan dalam pasaran pekerjaan adalah satu keperluan kerana perubahan teknologi yang begitu pesat dalam bidang komputer. Faktior ini juga merupakan elemen penting dalam melahirkan pelatih-pelatih yang kompeten dan sudah biasa dengan persekitaran pekerjaan sebenar.

Jabatan Komputer JMTI mempunyai kemudahan-kemudahan makmal yang kondusif dan praktikal. Makmal-makmal sediada termasuk:

1. Computer Maintenance Lab (KCML) - Kemudahan dalam makmal ini adalah untuk kerja-kerja yang berkaitan dengan penyelenggaraan sistem komputer peribadi. Ia mempunyai kemudahan dan peralatan yang digunakan dalam kerja dan proses penyelenggaraan sistem komputer peribadi.
2. Hardware Training System (KHTS) - Makmal ini mempunyai kemudahan untuk memasang komputer peribadi. Ianya dilengkapi dengan stok perkakasan komputer yang lengkap (computer parts). Kerja-kerja pemasangan komputer adalah meliputi sehingga pemasangan sistem pengoperasian dan pengujian kebolehgunaan sistem yang telah dipasang.
3. Network Training System (KNTS) - Makmal ini dilengkapi dengan peralatan-peralatan yang melibatkan kerja-kerja perancangan, rekabentuk dan pembangunan satu sistem rangkaian komputer yang berfungsi. Ia dilengkapi dengan sistem client-server, peralatan-peralatan cabling, cable termination dan cabling bay. Kemudahan peralatan cabling termasuk juga kabel optik. Terdapat kemudahan yang lengkap di dalam makmal ini untuk pembangunan satu sistem rangkaian yang lengkap dan berfungsi seperti switch, router, client, server, trunking, konduit, rack dan sebagainya.
4. Programming Training System (KPTS) - Makmal ini menyediakan kemudahan untuk pelbagai perisian pengaturcaraan seperti C, C++, Visual Basic, Java dan sebagainya dan sentiasa mengikut perubahan penggunaan teknologi perisian baru. Ia lebih dikhususkan kepada pembangunan aplikasi-aplikasi pengguna.
5. Multimedia Training System (KMMS) - Makmal ini menyediakan kemudahan asas dalam mempelajari elemen-elemen asas multimedia dalam bidang komputer. Perisian utama yang digunakan adalah Adobe CS.
6. Database Training System - Kemudahan dalam makmal ini meliputi pengkalan data Microsoft SQL (MSQL), MySQL dan Oracle. Ianya menyediakan kemudahan untuk pembelajaran subjek-subjek yang berkaitan dengan dengan pengkalan data dari peringkat asas sehingga tinggi.
7. Windows Operating System Training Lab (KWNT) - Makmal ini menyediakan kemudahan untuk pembelajaran Sistem Pengoperasian Windows. Kerja-kerja pembelajaran melibatkan installation, configuration dan management. Ia dilengkapi dengan perisian client dan server. Di peringkat tinggi pembelajaran sistem programming juga menggunakan kemudahan makmal ini. Perisian Windows sentiasa dikemaskini kepada versi baru.
8. Unix/Linux Operating System Training Lab (KUNX) - Kemudahan makmal ini merangkumi sistem pengoperasian Linux (RedHat) dan lain-lain distro seperti CentOS dan Fedora. Ianya memberi kemudahan latihan untuk kerja-kerja pembelajaran installation, confugration dan management. Di pringkat tinggi subjek sistem programming juga menggunakan kemudahan makmal ini.
9. Electronics Analog & Digital Lab (KEDL & KEAL) - Makmal ini menyediakan kemudahan untuk pembelajaran subjek-subjek yang berkaitan dengan elektronik digital dan analog yang merupakan asas-asas penting dalam mendirikan satu sistem komputer. Kemudahannya adalah setara dengan makmal-makmal elektronikdi universiti.
10. General Lab (KGEN) - Makmal ini menyediakan kemudahan-kemudahan am seperti untuk subjek-subjek yang berkaitan dengan penggunaan perisian Office (Microsoft Office dan OpenOffice), teknologi-teknologi Web dan lain-lainnya yang tidak terdapat di lain-lain makmal seperti keselamatan komputer.
11. Staff Training Room (KSTR) - Makmal ini dikhususkan kegunaannya untuk latihan-latihan yang melibatkan kakitangan baru, kursus-kursus komputer khas, program-program latihan baru dan juga untuk peserta-peserta luar. Makmal ini dilengkapi dengan sistem rangkaian, persekitaran client-server, akses Internet dan berbagai perisian-perisian yang berkaitan dengan kursus-kursus yang berkenaan. Kapasiti pelatih adalah 10 orang.

Sebahagian dari makmal -makmal ini juga mempunyai kemudahan sistem rangkaian dan akses Internet secara fix dan wireless. Secara keseluruhannya setiap makmal mampu menampung kapasiti maksimum pelatih seramai 30 orang pada satu-satu masa.

Selain dari makmal-makmal tersebut, terdapat juga kelas-kelas teori yang digunakan untuk subjek-subjek teori dan am. Keseluruhan makmal adalah berhawa dingin.



noteeth

Posts : 185
Join date : 2010-01-01
Location : Planet #!

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum