Navigation
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Latest topics
» Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam
Wed Sep 09, 2015 2:48 am by sksportcar

» Homestay Di Kota Bharu
Sun Jan 25, 2015 10:52 pm by sksportcar

» Kereta Sewa Shah Alam
Tue Aug 05, 2014 8:54 am by sksportcar

» Bahasa Jepun: Ayat Seharian,Hari,Haribulan & Nombor
Mon Sep 23, 2013 8:43 pm by foxfoxer

» Tips nak hapuskan virus secara manual [On updates]
Tue Mar 19, 2013 8:38 am by Optitech

» Teknik defense dari virus and spyware [Auto]
Thu Jul 21, 2011 2:53 am by Optitech

» Virus shortcut kat pendrive
Thu Jul 21, 2011 12:27 am by Optitech

» Admin Kembali dengan Menyengat
Wed Jul 20, 2011 1:59 pm by Optitech

» Xcode Magazine - Penulisan daripada hacker
Wed Jul 20, 2011 12:45 pm by Optitech


Mak dan Nasi Goreng. Sayunya..

View previous topic View next topic Go down

Mak dan Nasi Goreng. Sayunya..

Post  Admin on Sun Jan 03, 2010 1:05 am

Cerita ni dah banyak kali aku baca tapi aku dah lupa kat mana aku baca.
setelah aku pergi usha2 di internet, aku terjumpa kembali cerita nie.


Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah
beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi
setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu
gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka
yang akan datang nanti.

Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut
memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak
kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku
minta untuk membantu ,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti
lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan
sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-
anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.

Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak
lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak
ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya.

Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi
goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah
yang semampunya.

Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak
untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya
pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng
mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam
tak sedar nasi dah hampir habis.

Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi
kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya 'siapa
tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu'

Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi
goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa
begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak
makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" ..

Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut
kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak
rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila
kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang
masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.

Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun
masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya
asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku
saksikan..YA RABB Engkau peliharalah Ibu,,Ampunilah Dosanya,Berilah
kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.
AMINN

Aku rasa sedih sekali bila baca cerita nie. Terharu.. Sad

Admin
Admin

Posts : 108
Join date : 2010-01-01
Age : 24
Location : Di dalam mindaku

http://myjmti.findtalk.biz

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum