Navigation
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Latest topics
» Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam
Wed Sep 09, 2015 2:48 am by sksportcar

» Homestay Di Kota Bharu
Sun Jan 25, 2015 10:52 pm by sksportcar

» Kereta Sewa Shah Alam
Tue Aug 05, 2014 8:54 am by sksportcar

» Bahasa Jepun: Ayat Seharian,Hari,Haribulan & Nombor
Mon Sep 23, 2013 8:43 pm by foxfoxer

» Tips nak hapuskan virus secara manual [On updates]
Tue Mar 19, 2013 8:38 am by Optitech

» Teknik defense dari virus and spyware [Auto]
Thu Jul 21, 2011 2:53 am by Optitech

» Virus shortcut kat pendrive
Thu Jul 21, 2011 12:27 am by Optitech

» Admin Kembali dengan Menyengat
Wed Jul 20, 2011 1:59 pm by Optitech

» Xcode Magazine - Penulisan daripada hacker
Wed Jul 20, 2011 12:45 pm by Optitech


Barang Cetak Rompak & Fotocopy Buku

View previous topic View next topic Go down

Barang Cetak Rompak & Fotocopy Buku

Post  Optitech on Thu Jun 24, 2010 12:31 am

SOALAN

Saya ada menjalankan perniagaan fotokopi dan percetakan komputer secara kecil-kecilan salah
satu universiti awam. Masalahnya ustaz, saya menggunakan perisian
windows dan microsoft office yang pirate.
Saya tahu bahawa tindakan saya ini salah tapi untuk mendapatkan yang
original, harganya terlalu mahal.

Saya harap dapat Ustaz jelaskan hukum pendapatan daripada perniagaan
yang menggunakan perisian pirate ini dan
harap dapat ustaz berikan jalan untuk saya selesaikan masalah ini.....





JAWAPAN

Saya rasa jawapannya sudah jelas apabila anda sendiri telah mengerti bahawa ia
adalah salah. Ini adalah kerana, harta intelek telah diiktiraf Islam
sebagaimana difatwa oleh para ulama sedunia sebagai harta persendirian.
Justeru kita tidak boleh mengambil dan menggunakan yang tiruan KHUSUSNYA apabila
software tersebut diniagakan. Ini bermakna apabila seseorang menjadikan
barang tiruan sebagai ‘tulang belakang' perniagaannya. Perniagaan tersebut
adalah haram, hasilnya juga haram.

Ia adalah berdasarkan keputusan Majlis Kesatuan Ulama Sedunia ( Majma Fiqh
Islami) dan juga keputusan Majlis Fatwa Eropah yang disebut oleh Syeikh Dr Yusof
AL-Qaradawi.

DIA KAFIR


Ada orang yang cuba berhujjah mengatakan bahawa Bill Gates adalah kafir, so
tiada masalah untuk menggunakan yang pirate.
Selain itu ada juga yang menyatakan beliau sudah terlalu kaya, maka
penggunaan anda tidak memberikan apa jua kesan kepada kekayaannya. [/size]



Hujjah ini adalah meleset dan tertolak dalam Fiqh Islam, kerana Muslim tidak
dibenarkan untuk mencuri harta orang kafir (kecuali kafir yang sedang
berperang dengan Islam seperti tentera Amerika yang berada di Iraq). Dalam keadaan
tiada sebarang peperangan fizikal yang jelas, maka perisian
windows adalah harta syarikat Microsoft dan pemilikan itu adalah
diiktiraf oleh Shariah dan diharamkan untuk sesiapa sahaja dicerobohi sesuka hati.
Dalilnya terlalu banyak, cukuplah Rasulullah s.a.w dan para sahabat berjual beli
dengan orang bukan Islam, Yahudi serta Kafir Musyrik, semua itu menunjukkan
umat Islzma tidak dibenarkan mencerebohi dan mestilah membelinya dengan cara
yang halal.

Pendapatan hasil dari perniagaan perisian pirate adalah
antara syubhah dan
haram sahaja, tidak lain dari itu. Adapun, bagaimana untuk mengurus
pendapatan
atau hasil yang anda telah yakin haram, anda boleh membaca dalam artikel
saya
yang lepas.




PENGECUALIAN


Namun begitu, menurut sebahagian ulama, sekiranya para pelajar ingin
menggunakan software untuk komputer peribadinya dan bukan untuk perniagaan, hukum mungkin
lebih ringan terutamanya jika pelajar ini benar-benar ketandusan wang untuk
mendapatkan yang original. Sedangkan ia amat memerlukan komputer dan
perisiannya untuk tujuan pembelajarannya. Tatkal aitu, ada ulama yang
mengharuskan atas asas : -



a-
‘Hajat
Mendesak' dan kedudukan kewangan bermasalah.
Berdasarkan kaedah Fiqh :



الحاجة
تنزل منزلة الضرورة عامة كانت أو خاصة



Ertinya : "Suatu
keperluan yang boleh jatuh dalam kategori terdesak samada ia berbentuk
umum
atau khusus" (Al-Ashbah Wa An-Nazair, hlm 89)




b-
Hanya untuk kegunaan peribadi dan tidak dikomersilkan.



c-
Bertempoh, ertinya apabila kedudukan kewangannya sudah baik, ia perlulah membeli
yang original.


Demikian juga halnya keadaan para pelajar di Universiti. Sebagai contohnya
terdapat pensyarah yang menjadikan buku tertentu sebagai silibus dan bahan
rujukan. Setiap subjek mungkin sehingga 5-6 buku digunakan.



Sudah tentu, pelajar tidak mempunyai budjet untuk membeli buku-buku tersebut
yang mungkin amat tebal dengan harga tinggi. Lalu tatkala itu, pelajar
DIBENARKAN mem'fotostat' halaman TERTENTU yang berkait dengan pembelajarannya, ia juga diharuskan
kerana hajiat.



Kembali kepada kes saudara, jika benar-benar saudara menghadapi kesukaran wang
(hanya saudara dan Allah yang tahu) untuk membeli yang original, terdapat
keringanan untuk anda menggunakan yang produk tiruan itu dulu buat sementara waktu.
Ketika perniagaan sudah dapat menjana keuntungan yang baik dan stabil. Tiada
lagi ‘keperluan mendesak', maka tatkala itu WAJIBLAH untuk bertukar dan membeli yang
original.

Sekian


Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net


_________________
|----------------------------------------------------|




EXCUSE IS THE DUMBEST WAY TO ESCAPE

MAKLUMAN: Worksheet/Assignment Download Section hanya untuk pengguna berdaftar. Sila daftar untuk melakukan 'download'. Lepas dah click link, tekan kat perkataan "Skip Ad" bahagian atas belah kanan sekali. Pastu baru leh download.
Harap Maklum.

Optitech

Posts : 518
Join date : 2010-01-01
Age : 24
Location : ProxyFireZ

http://sembangseposen.blogspot.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum