Navigation
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Latest topics
» Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam
Wed Sep 09, 2015 2:48 am by sksportcar

» Homestay Di Kota Bharu
Sun Jan 25, 2015 10:52 pm by sksportcar

» Kereta Sewa Shah Alam
Tue Aug 05, 2014 8:54 am by sksportcar

» Bahasa Jepun: Ayat Seharian,Hari,Haribulan & Nombor
Mon Sep 23, 2013 8:43 pm by foxfoxer

» Tips nak hapuskan virus secara manual [On updates]
Tue Mar 19, 2013 8:38 am by Optitech

» Teknik defense dari virus and spyware [Auto]
Thu Jul 21, 2011 2:53 am by Optitech

» Virus shortcut kat pendrive
Thu Jul 21, 2011 12:27 am by Optitech

» Admin Kembali dengan Menyengat
Wed Jul 20, 2011 1:59 pm by Optitech

» Xcode Magazine - Penulisan daripada hacker
Wed Jul 20, 2011 12:45 pm by Optitech


Jom Atasi Cemburu !

View previous topic View next topic Go down

Jom Atasi Cemburu !

Post  miszred on Sun Apr 11, 2010 10:15 am

Cemburu adalah sebahagian daripada sifat semulajadi manusia dan tidak terbatas kepada perempuan sahaja. Ada juga lelaki yang bersifat cemburu. Malah ada kalanya lebih teruk lagi dari cemburu seorang perempuan.

Cara Mengatasinya :

  • Teliti berita yang didengar.
Cuba teliti dan analisis berita yang kamu terima itu. Jika benar, berusahalah
menyelesaikannya secara rasional.

  • Bersemuka dengan orang ketiga.
Kamu wajar bersemuka atau berterus terang dengan orang ketiga yang dicemburui. Ketika
bertemu dengannya kamu mesti mengawal perasaan marah. Marah yang disertakan
dengan menggunakan perkataan-perkataan maki hamun langsung tidak boleh membantu
kamu mencari jalan penyelesaian.

  • Jangan percaya khabar angin
Keadaan begini sering menimbulkan fitnah dan memberikan kesan buruk kepada
kebahagiaan. Malah boleh merenggangkan perasaan kasih sayang.

  • Berterus terang
Apabila mengadakan perbincangan, berterus teranglah punca mengapa kita cemburu.
Jangan membaca fikiran orang lain sewenang-wenangnya.

  • Wujudkan cara & gaya komunikasi yang berkesan.
Mungkir janji akan membawa kepada pertelegahan dan tidak mustahil masing-masing
menuduh. Berusahalah untuk mengelakkan daripda berlakunya situasi yang boleh
mewujudkan komunikasi berat.

TAHUKAH ANDA ???

Perkara yang tidak disenangi dalam perhubungan oleh :

Lelaki :

  • Berbohong
  • Tidak mementigkan kebersihan
  • Takut untuk melahirkan rasa kasih dan sayang
  • Berfikiran sempit
  • Kurang bijak
  • Lebih mementingkan perkara lain daripada si dia
  • Tidak boleh dipercayai
  • Tidak ada persamaan dalam menjalinkan perhubungan
  • Tidak pandai menguruskan rumah tanggga
  • Pemalas

Perempuan :

  • Pengotor
  • Suka berbohong
  • Suka membangkitkan rasa marah tanpa sebab
  • Prejudis
  • Tidak bijak
  • Tidak pandai berkomunikasi
  • Membosankan
  • Berfikiran sempit
  • Tidak mempunyai impian hidup
  • Tidak romantik



p/s : renung-renungkan & selamat beramal !

miszred

Posts : 82
Join date : 2010-01-03
Age : 24

Back to top Go down

Re: Jom Atasi Cemburu !

Post  Miyavi on Fri Apr 16, 2010 12:52 am

nice tips and info miszred....
toceh2..... 13

_________________
--Miyavi Kazuma--

Miyavi
Admin

Posts : 371
Join date : 2010-01-01
Age : 26
Location : ProxyFireZ

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum