Navigation
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Latest topics
» Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam
Wed Sep 09, 2015 2:48 am by sksportcar

» Homestay Di Kota Bharu
Sun Jan 25, 2015 10:52 pm by sksportcar

» Kereta Sewa Shah Alam
Tue Aug 05, 2014 8:54 am by sksportcar

» Bahasa Jepun: Ayat Seharian,Hari,Haribulan & Nombor
Mon Sep 23, 2013 8:43 pm by foxfoxer

» Tips nak hapuskan virus secara manual [On updates]
Tue Mar 19, 2013 8:38 am by Optitech

» Teknik defense dari virus and spyware [Auto]
Thu Jul 21, 2011 2:53 am by Optitech

» Virus shortcut kat pendrive
Thu Jul 21, 2011 12:27 am by Optitech

» Admin Kembali dengan Menyengat
Wed Jul 20, 2011 1:59 pm by Optitech

» Xcode Magazine - Penulisan daripada hacker
Wed Jul 20, 2011 12:45 pm by Optitech


Sambutan Hari Kekasih salah disisi Islam...

View previous topic View next topic Go down

Sambutan Hari Kekasih salah disisi Islam...

Post  Miyavi on Thu Jan 14, 2010 3:33 pm


Say No To Valentine Day




Tarikh
14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh
pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta
sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti
ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama
Kristian. Lantas, remaja
Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan
Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah
jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan
bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.




Perbuatan
untuk meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’
kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus
kepada kebobrokkan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah
ini dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan,
berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang
dianggap “hari berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup
menggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih
masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong
dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah
salah di sisi Islam.




Dalam
erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan
peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini
berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud “Katakanlah (wahai
Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu
sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan
aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu
beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku
agamaku.”
(Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )




Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, “Nescaya
kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal
demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka
walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat
bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa
lagi kalau bukan mereka.”




Keputusan
Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menyatakan melalui Mesyuarat
Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006
telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah
dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur
Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah
bercanggah dan dilarang oleh Islam”.


Para
mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan
meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang
dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga
24 November 2005 yang lalu.





Melalui
sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian
yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang
Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi
yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).







Bermula
dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang
tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol
ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup.
Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam
memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara
keagamaan masyarakat Kristian.


Justeru,
Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar
tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara
yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya. Berikut adalah
sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :




1-
Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis
untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis
seumpamanya.


2-
Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada
kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap
yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.


3-
Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan
menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap
mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.


4-
Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari
tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka
menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada
sesiapa yang mereka cintai.


5-
Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa
sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day)
sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.




Namun,
segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan
menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja
memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat.
Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan
kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang
umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan
maruah kepada pasangan yang dicintainya.




Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syara’ kerana ianya juga menyumbang berlakunya perkara maksiat dan zina. Firman-Nya:“ Dan
janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.”
9Surah Al-Isra’ ;32)


Ibu
bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anak
mereka agar tidak meraikan hari tersebut dan melalukan perkara-perkara
yang tidak mendatangkan manfaat. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah
dan institusi pengajian tinggi juga agar lebih proaktif untuk
memastikan tidak wujud program sambutan kepada hari tersebut serta
aktiviti bertukar-tukar bunga ros, kad-kad ucapan dan sebagainya.




Secara
kesimpulannya, Islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan
hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan
kasih sayang kepada ibu bapa, sahabat dan sesama masyarakat boleh
dilakukan setiap hari dan tujuh golongan manusia yang akan mendapat
lindungan `Arasy ialah salah satunya mereka yang berkasih sayang (
bertemu dan berpisah ) kerana Allah SWT.


Firman Allah SWT : ‘Wahai
kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk
sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja
negeri yang kekal.’
Surah al-Ghaafir: 39



_________________
--Miyavi Kazuma--

Miyavi
Admin

Posts : 371
Join date : 2010-01-01
Age : 26
Location : ProxyFireZ

Back to top Go down

Re: sambutan hari kekasih salah disisi islam

Post  Zahid_TKK_09 on Thu Jan 14, 2010 4:14 pm

aku tak sambut hari... apa nama menatang tu...

hah valentime days... pasal aku tak tahu apa yang bestnye ngan ari tu....

yang aku tau... tido je lah... relax relax... kalo tak pun duk lepak kat surau... ("walaupun berat")...

valentime day yang disambut pada 14 hb feb nie ari ahad tak silap aku...

lebih baik aku pi siapkan assignment aku dulu... pastu aku main game...

tu jelah... jangan lah pi sambut menatang tak guna tu... rosak akidah nanti....

jadi macam aku... baru cool....

hahahahaha....

Zahid_TKK_09

Posts : 11
Join date : 2010-01-14
Age : 25
Location : Muo, Johor

Back to top Go down

Re: sambutan hari kekasih salah disisi islam

Post  Miyavi on Thu Jan 14, 2010 4:19 pm

Zahid_TKK_09 wrote:aku tak sambut hari... apa nama menatang tu...

hah valentime days... pasal aku tak tahu apa yang bestnye ngan ari tu....

yang aku tau... tido je lah... relax relax... kalo tak pun duk lepak kat surau... ("walaupun berat")...

valentime day yang disambut pada 14 hb feb nie ari ahad tak silap aku...

lebih baik aku pi siapkan assignment aku dulu... pastu aku main game...

tu jelah... jangan lah pi sambut menatang tak guna tu... rosak akidah nanti....

jadi macam aku... baru cool....

hahahahaha....


mmm...yala tu,kira ok gak coz x smbut hari valentino valentine ni...
GUD JOB..!! SYABBAS BETE..!!

_________________
--Miyavi Kazuma--

Miyavi
Admin

Posts : 371
Join date : 2010-01-01
Age : 26
Location : ProxyFireZ

Back to top Go down

Re: Sambutan Hari Kekasih salah disisi Islam...

Post  young_ustaz on Thu Jan 14, 2010 10:38 pm

hari valentine merupakan usaha pihak2 yg berkenaan utk meruntuhkan pegangan akidah umat Islam...
ia merupakan hari yg disambut bagi meraikan kejayaan seorang paderi yg bernama St. Valentine yg berjaya menjatuhkan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol

remaja2 Islam sekarang tanpa segan silu menyambut hari tersebut tanpa memikirkan kemurkaan Allah kpd mereka... bukan setakat itu, ada sesetengah drpd mereka yg tanpa segan silu berpegangan, berpelukan, lebih menjijikkan melakukan hubungan tanpa ikatan pernikahan yg sah. Nauzubillah!

marilah kita bersama-sama mentarbiahkan golongan ini agar kita sama2 diredhai oleh Allah SWT dan mendapat syafaat Nabi Muhammad S.A.W di akhirat kelak. Insya-Allah

young_ustaz

Posts : 15
Join date : 2010-01-09
Age : 25
Location : Alam Nyata, kemudian akan ke alam kubur seterusnya ke alam Akhirat

Back to top Go down

Re: Sambutan Hari Kekasih salah disisi Islam...

Post  Optitech on Thu Jan 14, 2010 11:53 pm

InsyaAllah.

Mungkin ramai yang dah tahu hari valentine ni haram.
tapi mereka still lagi sambut kononnya satu2nya hari tuk membuktikan kasih sayang.
Kenapa memilih hari valentine yang diharamkan oleh Islam?

Kan lebih baik, tarikh lahir pasangan dijadikan sebagai hari terbaik bagi setiap pasangan untuk meraikannya tanpa melanggar syariat Islam..

_________________
|----------------------------------------------------|




EXCUSE IS THE DUMBEST WAY TO ESCAPE

MAKLUMAN: Worksheet/Assignment Download Section hanya untuk pengguna berdaftar. Sila daftar untuk melakukan 'download'. Lepas dah click link, tekan kat perkataan "Skip Ad" bahagian atas belah kanan sekali. Pastu baru leh download.
Harap Maklum.

Optitech

Posts : 518
Join date : 2010-01-01
Age : 24
Location : ProxyFireZ

http://sembangseposen.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Sambutan Hari Kekasih salah disisi Islam...

Post  Sponsored content Today at 8:25 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum