Navigation
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Latest topics
» Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam
Wed Sep 09, 2015 2:48 am by sksportcar

» Homestay Di Kota Bharu
Sun Jan 25, 2015 10:52 pm by sksportcar

» Kereta Sewa Shah Alam
Tue Aug 05, 2014 8:54 am by sksportcar

» Bahasa Jepun: Ayat Seharian,Hari,Haribulan & Nombor
Mon Sep 23, 2013 8:43 pm by foxfoxer

» Tips nak hapuskan virus secara manual [On updates]
Tue Mar 19, 2013 8:38 am by Optitech

» Teknik defense dari virus and spyware [Auto]
Thu Jul 21, 2011 2:53 am by Optitech

» Virus shortcut kat pendrive
Thu Jul 21, 2011 12:27 am by Optitech

» Admin Kembali dengan Menyengat
Wed Jul 20, 2011 1:59 pm by Optitech

» Xcode Magazine - Penulisan daripada hacker
Wed Jul 20, 2011 12:45 pm by Optitech


Rahsia Mandi Terbaik

View previous topic View next topic Go down

Rahsia Mandi Terbaik

Post  Optitech on Mon Jan 11, 2010 12:10 am

Dalam sehari, berapa kali korang mandi? 3 kali? 2 kali? Atau 1 kali
saja? Saya kalau hari bekerja, akan mandi sekurang2nya 2 kali sehari.
Iaitu lepas bangun tidur sekali, dan selepas balik dari kerja sekali.
Tapi kalau hujung minggu atau hari cuti, saya akan mandi lebih
kerap. Paling tidak 3 kali iaitu pagi, tengahari dan sebelum maghrib.
Hari Ahad lepas, saya mandi 5 kali sebab cuaca panas sangat.
Sebut pasal mandi ni, sebelum ini saya ada kongsikan 1 artikel di blog ini yang menerangkan tentang Rahsia Mandi. Haa kali ini pula, saya ingin berkongsi dengan korang tentang cara mandi yang lebih bagus dan bermanfaat kalau diamalkan.


Sebelum itu, saya ingin bertanya kepada korang. Bagaimanakah cara
korang mandi setiap hari? Korang basahkan dari bahagian atas (kepala)
dulu atau dari bahagian bawah (kaki) dulu? Atau korang jirus dari
bahagian tengah (badan) dulu? Saya ada bertanya kepada kawan-kawan saya
bagaimana mereka mandi? Adakah mandi mula dengan basahkan kaki dulu
atau kepala dulu? Kebanyakan mereka cakap, mereka mandi mula dari
kepala dulu.
Saya katakan kepada mereka, cara itu kurang baik. Sebab saya pernah
terbaca satu artikel yang menceritakan tentang cara mandi yang lebih
baik dan patut diamalkan oleh semua orang.


Apakah cara tersebut? Caranya ialah mandi dengan cara membasahkan
bahagian bawah dulu (kaki) dan kemudian baru basahkan bahagian badan
dan seterusnya bahagian kepala. Cara mandi ini disebut ‘mandi songsang’.
Menurut artikel yang saya baca, cara mandi sebegini adalah satu
kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan
kepada pengamalnya.
Kebiasaannya, ramai diantara kita mandi dengan menjiruskan air
bermula pada bahagian kepala dulu. Sebenarnya cara ini akan memberikan
kesan yang buruk pada kesihatan diri.
Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air
tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Ia boleh
menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Ini adalah
disebabkan, seluruh sistem hormon dan aliran bendalir dalam badan
adalah diatur dan disetkan di dalam kepala. Jadi, cara mandi bermula
dari kepala akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan
badan.
Cara yan bagus dan lebih dianjurkan ialah, mandi songsang iaitu
dengan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur
membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri dengan kepala.
Berikut ini dicatatkan beberapa kebaikan dan kelebihan mandi songsang atau mandi yang bermula dari bahagian bawah.

  1. Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh.
  2. Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
  3. Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya
    seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap
    kesihatan yang maksimum.
  4. Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
  5. Melancarkan perjalanan darah.
  6. Menjadikan pengamal semakin pintar.
  7. Meninggikan daya ingatan.
  8. Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
  9. Menjadikan state mood yang tenang dan ceria.
  10. Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
  11. Memiliki daya ketahanan mental.
  12. Menambahkan semangat berani.
  13. Menguatkan gusi dan gigi dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan.

Perlu saya katakan bahawa, samaada info ini benar atau tak, saya pun
tak pasti sebenarnya. Saya hanya ingin berkongsi dengan korang apa yang
saya baca.
Kalau ada diantara pembaca blog ini seorang doktor, bolehlah sahkan
info ini. Atau kalau ada yang boleh bertanya kepada mereka yang
berkelayakan, tolonglah tanyakan dan kongsi dengan pembaca blog ini,
adakah info ini boleh dipakai atau tidak.
Apa2pun, selama ini cara saya mandi ialah dengan cara membasahkan
bahagian badan saya dulu. Kemudian barulah saya akan jirus air dari
kepala. InsyaAllah, lepas ni, mungkin saya akan cuba untuk ubah cara
mandi saya kepada cara mandi songsang seperti yang dicadangkan.
Korang bagaimana? Nak ubah cara mandi kepada cara mandi songsang?
Atau terus mandi seperti cara yang biasa korang amalkan selama ini….?
Terpulanglah pada kesukaan masing-masing.
sumber : http://pakarhowto.com/teknik/panduan-cara-mandi-dengan-betul.html

_________________
|----------------------------------------------------|




EXCUSE IS THE DUMBEST WAY TO ESCAPE

MAKLUMAN: Worksheet/Assignment Download Section hanya untuk pengguna berdaftar. Sila daftar untuk melakukan 'download'. Lepas dah click link, tekan kat perkataan "Skip Ad" bahagian atas belah kanan sekali. Pastu baru leh download.
Harap Maklum.

Optitech

Posts : 518
Join date : 2010-01-01
Age : 24
Location : ProxyFireZ

http://sembangseposen.blogspot.com

Back to top Go down

Rahsia Mandi Terbaik

Post  Miyavi on Mon Jan 11, 2010 9:14 pm

Petua yg baik,ni info yg b'guna pd kta ni...so pa lg JOM MANDI....hahahahaa

_________________
--Miyavi Kazuma--

Miyavi
Admin

Posts : 371
Join date : 2010-01-01
Age : 26
Location : ProxyFireZ

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum