Navigation
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Latest topics
» Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam
Wed Sep 09, 2015 2:48 am by sksportcar

» Homestay Di Kota Bharu
Sun Jan 25, 2015 10:52 pm by sksportcar

» Kereta Sewa Shah Alam
Tue Aug 05, 2014 8:54 am by sksportcar

» Bahasa Jepun: Ayat Seharian,Hari,Haribulan & Nombor
Mon Sep 23, 2013 8:43 pm by foxfoxer

» Tips nak hapuskan virus secara manual [On updates]
Tue Mar 19, 2013 8:38 am by Optitech

» Teknik defense dari virus and spyware [Auto]
Thu Jul 21, 2011 2:53 am by Optitech

» Virus shortcut kat pendrive
Thu Jul 21, 2011 12:27 am by Optitech

» Admin Kembali dengan Menyengat
Wed Jul 20, 2011 1:59 pm by Optitech

» Xcode Magazine - Penulisan daripada hacker
Wed Jul 20, 2011 12:45 pm by Optitech


PENAWAR PENAT OLEH RASULLULLAH

View previous topic View next topic Go down

PENAWAR PENAT OLEH RASULLULLAH

Post  noteeth on Tue Jan 05, 2010 4:38 pm

PENAWAR PENAT OLEH RASULLULLAH

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahu pun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata: "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s.a.w. ini.

Katanya:-
"Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku." Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca: 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Apabila Allah menyintai seorang hambanya, Allah akan memanggil malaikat Jibril dan berkata:
Allah menyintai si fulan maka cintailah dia. Jibril pun menyintai hamba tersebut dan kemudian mengumumkan kepada penduduk langit dengan berkata: Sesungguhnya Allah menyintai si fulan maka cintailah dia. Semua penduduk langit pun menyintainya. Kemudian diletakkan penerimaan bagi hamba tersebut di bumi (maksudnya disenangi dan disayangi)."

(Hadis no.3209 riwayat Imam al-Bukhari dalam kitabnya Sahih al-Bukhari)

noteeth

Posts : 185
Join date : 2010-01-01
Location : Planet #!

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum